Resepi kari ayam mudah dan lazat

Cover Image for Resepi kari ayam mudah dan lazat

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam (dipotong kecil dan dibersihkan)
  • 3 sudu besar rempah kari ayam
  • 1 biji bawang besar (dikisar halus)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar halus)
  • 2 cm halia (dikisar halus)
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 2 biji kentang (dipotong empat)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil garam (atau secukup rasa)
  • 1 sudu kecil gula (pilihan)

Cara-cara

  1. Tumis Rempah:
    • Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, dan daun kari sehingga naik bau.
  2. Masukkan Bahan Kisar
    • Masukkan bawang besar, bawang putih, dan halia yang telah dikisar. Tumis hingga garing dan pecah minyak.
  3. Masak Rempah Kari
    • Masukkan rempah kari ayam yang telah dibancuh dengan sedikit air untuk membentuk pes. Tumis sehingga rempah betul-betul masak dan naik minyak.
  4. Masukkan Ayam
    • Masukkan potongan ayam. Gaul rata sehingga ayam bersalut dengan rempah.
  5. Masukkan Santan dan Kentang
    • Tambahkan santan pekat, air, dan kentang. Masak dengan api sederhana sehingga ayam dan kentang empuk.
  6. Perasakan
    • Tambah garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan biarkan kari mendidih sebentar sebelum diangkat.

Selain makan dengan nasi panas-panas, buat cicah roti canai, roti keping atau roti jala pun sedap. Cuba ya!

Iqi Nadiah
By Iqi Nadiah