Resepi nasi dagang Terengganu dengan gulai ikan tongkol
Nasi dagang ialah hidangan sarapan pagi yang sangat sinonim dengan negeri Terengganu. Rahsia utamanya terletak pada nasi yang dikukus dua peringkat bersama santan, halba dan hirisan bawang merah, kemudian dihidangkan dengan gulai ikan tongkol berempah serta acar timun dan lobak yang menyegarkan. Inilah resepi nasi dagang yang anda boleh cuba sendiri di rumah walaupun tanpa pengukus besar gerai.